Petronas Carigali Brunei meriahkan suasana Aidilfitri

Petronas Carigali Brunei meriahkan suasana Aidilfitri

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Petronas Carigali Brunei Ltd (PCBL) turut tidak ketinggalan memeriahkan bulan Syawal ini dengan mengadakan pejabat terbuka di pejabat DAR Takaful IBB, di sini, bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang tadi.

Majlis yang diadakan buat kali ke-4 itu, menyaksikan kehadiran hampir 300 orang jemputan yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan, perwakilan negara-negara sahabat, para pengarah dari syarikat-syarikat minyak dan gas serta pihak-pihak berkepentingan syarikat tersebut.

Mengalu-alukan kehadiran para tetamu pada majlis itu ialah Ketua Negara (Country Head) PCBL, Marina Mohd Taib dan kakitangan syarikat tersebut.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Negara Petronas Carigali (Brunei) Ltd., Marina Mohd Taib bersama tetamunya.
Ketua Negara Petronas Carigali (Brunei) Ltd., Marina Mohd Taib bersama tetamunya.
Warga Petronas Carigali (Brunei) Ltd bergambar ramai.
Warga Petronas Carigali (Brunei) Ltd bergambar ramai.
Warga TelBru yang hadir ke pejabat terbuka di PCBL.
Warga TelBru yang hadir ke pejabat terbuka di PCBL.

ARTIKEL YANG SAMA