Petronas Gas tamatkan perjanjian dengan Sabah Energy

Petronas Gas tamatkan perjanjian dengan Sabah Energy

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Petronas Gas Bhd dan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd telah menamatkan perjanjian pemegang saham bagi Terminal Regasifikasi Lahad Datu Sdn Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Petronas Gas berkata kedua-dua pihak membuat persetujuan bersama untuk menamatkan perjanjian berkenaan berikutan ketidaktentuan projek itu yang berpanjangan.

Pada dagangan hari ini, harga saham Petronas Gas susut 18 sen kepada RM22.32 dengan sejumlah 332,700 saham diniagakan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA