Petronas komersialkan teknologi gerudi jimat kos

Petronas komersialkan teknologi gerudi jimat kos

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Petronas bekerjasama dengan MIT Innovation Sdn Bhd untuk mempromosikan teknologi cekap dan pintar yang dibangunkan bersama, dikenali sebagai Intelligent Circulation While Drilling (iCWD).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) Asia 2016, Petronas berkata teknologi itu, yang mengurangkan kos penggerudian dengan ketara, merupakan sistem injap penggerudian pintar pertama industri yang menyediakan operasi dengan kawalan jauh dengan Agile Activation, sistem pintar yang mengaktifkan dan berhubung dengan peralatan dalam lubang.

Pengerusi Petronas Technology Ventures Sdn Bhd Zakaria Kasah berkata iCWD akan meningkatkan proses penggerudian yang menawarkan kawalan yang lebih baik dan ekonomi penggerudian.

Perjanjian Pengkomersialan ditandatangani hari ini antara Petronas Technology Ventures dan MIT Innovation, cabang penyelidikan dan pembangunan kumpulan MIT Technologies dan rakan kongsi pemasaran eksklusif bagi teknologi tersebut.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak diberi taklimat ringkas oleh Production Planner Petronas Floating LNG 1 (kiri) Ltd Altaf Khan Kalu (kiri) semasa lawatan beliau ke kawasan pameran selepas merasmikan Persidangan Teknologi Asia Luar Pesisir (OTC Asia) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama

Petronas berkata memandangkan operasi pengeluaran menghadapi cabaran yang lebih besar, dan dengan keadaan geologi yang tidak menentu membawa kepada kos penggerudian yang tinggi, mengurangkan tempoh tidak produktif dalam aktiviti penggerudian menjadi semakin penting.

Teknologi iCWD mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar industri apabila ia diberikan anugerah Spotlight on New Technology oleh OTC Asia 2016. Anugerah itu mengiktiraf, antaranya, inovasi dan impak teknologi ini membawa kepada industri.

Dikeluarkan di Malaysia, iCWD berjaya digunakan untuk operasi domestik Petronas dan tidak lama lagi akan digunakan di lokasi antarabangsa kumpulan itu.

ARTIKEL YANG SAMA