Petronas kurangkan perbelanjaan RM50 bilion

Petronas kurangkan perbelanjaan RM50 bilion

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM50 bilion (AS$11.4 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang dan menangguhkan beberapa projek, Wall Street Journal melaporkan.

Syarikat minyak negara Malaysia itu akan melalui satu lagi pusingan pomotongan kepada modal dan perbelanjaan operasi, kata akhbar itu.

Petronas berdepan dua hingga tiga tahun yang sukar dan harga minyak mentah boleh mencecah AS$30 setong pada 2016, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata dalam satu temu bual Bloomberg pada Jan 11.

Brent mentah telah susut ke 12 tahun rendah di tengah-tengah lebihan bekalan global, melambatkan pelaburan bernilai AS$380 bilion pada 68 projek huluan utama, menurut perunding industri Wood Mackenzie Ltd.

p19-1_20160120

Kejatuhan harga telah memaksa syarikat dan kerajaan untuk mengurangkan kos apabila hasil daripada jualan hidrokarbon menurun. Petronas perlu mengimbangi pelaburan dalam projek-projek jangka panjang bagi pertumbuhan dan dividen kepada kerajaan.

Wan Zulkiflee berkata dalam temu bual itu minggu lalu bahawa Petronas kekal komited kepada projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar apabila syarikat itu masih mengikuti pada rancangan perbelanjaan modal sebanyak RM350 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.