Petronas mungkin kurangkan 1,000 pekerja

Petronas mungkin kurangkan 1,000 pekerja

KUALA LUMPUR, 2 Mac (dpa) – Syarikat minyak Petronas milik kerajaan Malaysia akan mengurangkan sekitar 1,000 jawatan ketika ia bergelut dengan kemerosotan berterusan dalam harga minyak global, menurut kerajaan.

Pengurangan itu bertujuan untuk menjadikan syarikat itu lebih efisien ‘bagi membolehkan ia mengemudi organisasi dalam persekitaran luaran yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan lewat semalam.

“Transformasi skala besar kumpulan ini dijangka akan mengakibatkan jawatan berlebihan di bawah 1,000,” tambahnya.

Petronas mengumumkan pada Isnin bahawa keuntungan bersihnya pada 2015 telah menurun kepada RM$39.8 bilion (AS$9.59 bilion) daripada RM$69.2 bilion pada 2014.

ARTIKEL YANG SAMA