Petronas pemangkin pembangunan Sarawak

Petronas pemangkin pembangunan Sarawak

BINTULU, 16 Sept – Petronas boleh memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan Sarawak dan negara jika ia mencapai kejayaan lebih gemilang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata beliau mahu Petronas lebih berjaya kerana ia ibarat ‘angsa yang menetaskan telur emas’ untuk negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kakitangan Petronas Sarawak di Pusat Sivik di sini sempena sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat Kebangsaan.

Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta lebih 1,000 kakitangan Petronas.

Najib berkata Petronas adalah sebuah syarikat besar yang memberi impak tinggi kepada negara ini.

Najib berkata selepas penubuhannya pada 1974, Petronas melakar pencapaian yang gemilang bukan sahaja dalam negara tetapi di seluruh dunia.

“Daripada hanya sebuah syarikat minyak negara, ia berubah menjadi syarikat multinasional dan mungkin satu-satunya yang dapat melaksanakan peralihan di seluruh dunia.

“Syarikat ini sekarang bertapak di kira-kira 30 negara yang berbeza di seluruh dunia, dengan membantu membangunkan kemudahan dan bakat,” kata beliau. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA