Petronas perkukuh pasaran LNG di China

Petronas perkukuh pasaran LNG di China

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Syarikat minyak negara, Petronas baru-baru ini memuktamadkan kontrak sambungan dengan JOVO Group Co Ltd yang berpangkalan di Guangdong, dengan itu mengukuhkan pasaran gas asli cecair (LNG) syarikat itu di China.

Sambungan itu akan memastikan peningkatan yang stabil bekalan LNG kepada JOVO sehingga sekurang-kurangnya 2023 ketika syarikat itu mengembangkan pasaran hiliran bagi memenuhi permintaan pengguna di China, kata Petronas dalam satu kenyataan di sini.

JOVO memiliki dan mengendali terminal LNG Dongguan yang berpangkalan di Guangdong, selatan China, di mana kestabilan bekalan dan penetapan harga yang kompetitif adalah asas kepada strategi pertumbuhannya.

“Penyambungan kontrak ini membuktikan Petronas menghargai budaya China untuk bekerjasama dan memahami apa yang diperlukan untuk pembeli LNG China berkembang dan berjaya dalam pasaran ini.

ARTIKEL YANG SAMA