‘Petugas di Aidilfitri’ terima sumbangan

‘Petugas di Aidilfitri’ terima sumbangan

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Seramai 116 orang pegawai imigresen akan terlibat dalam menjalankan tugas di pos-pos kawalan imigresen seluruh negara semasa hari pertama Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini menerima sumbangan Hari Raya.

Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Dewan Serba Guna, Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh yang menyerahkan sumbangan kepada ketua-ketua pegawai imigresen bagi lapan buah pos kawalan imigresen di negara ini.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis oleh Pemangku Ketua Pegawai Imigresen Kanan, Bahagian Kawalan Perangkaan dan Pos-pos Kawalan, Awang Moharefandi bin Haji Md Tahir.

Sehubungan itu, orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara terutama yang melintasi pos-pos kawalan imigresen melalui jalan darat diingatkan supaya merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah bagi mengelakkan terperangkap di deretan kenderaan yang panjang. Pastikan kondisi dokumen perjalanan dalam keadaan yang baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh sah laku yang dibenarkan.

Awang Moharefandi menyampaikan kata alu-aluannya di majlis berkenaan.
Awang Moharefandi menyampaikan kata alu-aluannya di majlis berkenaan.
Awang Azmi menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada para penerima.
Awang Azmi menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada para penerima.
Awang Azmi bergambar-ramai dengan pegawai-pegawai kanan Imigresen yang menghadiri majlis berkenaan.
Awang Azmi bergambar-ramai dengan pegawai-pegawai kanan Imigresen yang menghadiri majlis berkenaan.

Menurut Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), waktu operasi bagi pos kawalan melalui jalan darat seperti Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, dan Pos Kawalan Imigresen Labu dan Kompleks Pemeriksaan Imigresen Ujung Jalan, Daerah Temburong akan bermula dari pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari.

ARTIKEL YANG SAMA