Peugeot 2008 DKR menang satu dua

Peugeot 2008 DKR menang satu dua

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Pasukan Peugeot 2008 DKR baru-baru ini telah meraih kemenangan satu dua buat pertama kali dalam perlumbaan Dakar peringkat ‘stage’, kemenangan ini diraih oleh Sebastian Loeb dan Daniel, yang dua minit 23 saat lebih pantas daripada rakan sepasukan Stephane Peterhansel dan Jean Paul Cottret.

Menurut kenyataan di sini, berikutan cuaca buruk pada hari sebelumnya, peringkat kedua perlumbaan rali telah dipendekkan kepada 123 km, meninggalkan hanya 387 km untuk aksi persaingan.

Sementara itu, Cyril Despres dan David Castera, yang hanya lima saat sahaja di belakang Peterhansel sepanjang perlumbaan, mempamerkan prestasi yang baik untuk menyudahi di tempat ketujuh, hanya empat minit di belakang pemenang stage.

Jentera Peugeot yang menyertai perlumbaan Dakar tersebut.
Jentera Peugeot yang menyertai perlumbaan Dakar tersebut.

Ketika dalam kawasan brek berat 112 km di kawasan perlumbaan, enjin kereta yang dipandu oleh krew Carlos Sainz dan Lucas Cruz terhenti dan tidak dapat dihidupkan. Bagaimanapun, mereka dapat meneruskan perlumbaan selepas 13 minit 20 saat.

Mereka kemudian berjaya menghabiskan perlumbaan dengan hanya 11 minit di belakang pendahulu.

ARTIKEL YANG SAMA