Peugeot 308 GT-Line tampil elegan dan sportif

Peugeot 308 GT-Line tampil elegan dan sportif

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Pengedar tunggal Peugeot, T.C.Y Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan kereta Peugeot 308 GT-Line hatchback lima pintu yang diperbaharui, dengan elemen elegan dan sportif.

Dengan reka bentuk yang sedikit berbeza daripada model standard 308, Peugeot 308-GT Line ini menampilkan logo rasmi Peugeot, singa di bahagian gril hadapan dan didatangkan dengan dua ekzos.

Dari segi luarannya, ia tampak lebih elegan dengan lampu depan dan belakang berteknologi LED, aloi rim rekaan NOVA.

Manakala bahagian dalamannya lebih terserlah dengan adanya Peugeot-i-Cockpit yang menggabungkan empat komponen utama iaitu roda stereng kulit, panel instrumen yang agak tinggi dan bergaya, skrin sesentuh berdefinisi tinggi pelbagai fungsi dengan paparan 9.7 inci.

Peugeot 308 GT-Line yang dilancarkan kelmarin.
Peugeot 308 GT-Line yang dilancarkan kelmarin.
Wartawan Borneo Bulletin, Aziz Idris  mencuba fungsi-fungsi Peugeot i-Cockpit.
Wartawan Borneo Bulletin, Aziz Idris mencuba fungsi-fungsi Peugeot i-Cockpit.
Ruang dalaman Peugeot 308 GT-Line.
Ruang dalaman Peugeot 308 GT-Line.

Manakala kuasa pacuannya menggunakan enjin baru EBAA6 Turbo 1.6L mampu menghamburkan kuasa sehingga 165 Hp pada 5,000 rpm dan tork setinggi 240nm pada 1,450 rpm dengan gear enam kelajuan Tiptronic.

Peugeot 308 GT-Line ini turut dilengkapi dengan aspek keselamatan tinggi seperti ABS, kawalan kelajuan dinamik, amaran pelanggaran kecemasan dan brek pelanggaran kecemasan selain pek bantuan pemandu yang berkesan.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan Peugeot 308 GT-Line ini, orang ramai bolehlah berkunjung ke Bilik Pameran T.C.Y Motors di Kiarong.

ARTIKEL YANG SAMA