Peugeot 308 GTi baru

Peugeot 308 GTi baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Peugeot memperkenalkan model 308 GTi oleh Peugeot Sport yang dilengkapi enjin 1.6 liter THP S&S yang boleh didapati dalam dua variasi iaitu 270 kuasa kuda dan 250 kuasa kuda dengan Torsen® limited-slip differential, casis tuning dan Peugeot i- Cockpit.

Sejak Peugeot melancarkan model 308, rakannya yang lebih sportif telah dinanti-nantikan, dengan menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan. Dicipta dengan rangka yang lebih radikal untuk memenuhi kemahuan pelanggannya.

Peugeot dengan bangganya menambah model 308 GTI oleh Peugeot Sport ke dalam barisannya.

Kereta ini merupakan yang dinanti-nantikan di kalangan peminat Peugeot yang mengetahui sejarah bentuk hatchback dalam segmen B dan C. Dari model 205 GTi kepada model 208 GTi terbaru dan RCZ R, jenama itu telah menjual model-model sportif lebih 800,000 unit kepada para pelanggan.

Reka bentuk GTi diberikan warna Merah dan Hitam Perla Nera yang menawan serta menyerlahkan lagi penampilannya.

Peugeot 308 GTi yang tampil lebih sportif.
Peugeot 308 GTi yang tampil lebih sportif.

Untuk mengeluarkan potensi penuh dari casis, Peugeot 308 GTi oleh Peugeot Sport dimuatkan dengan enjin 1.6 liter THP 270 S&S di bawah bonetnya. Enjin empat silinder itu memberikan kuasa 169 kuasa kuda per liter, output tertinggi dalam segmennya.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi Stop&Start dan pelbagai kepakaran kejuruteraan, dengan pengehadan CO2 pada 139g/km atau 6.0 L/100km.

Selain itu, ia juga dilengkapi Casis selarasan pemandu, kuasa penuh enjin, bunyi daripada ekzos, Peugeot i-Cockpit, Driver Sport Pack dan kerusi bucket. Kereta ini boleh mencapai kelajuan 0-100 kilometer sejam dalam masa 6 saat.