Peugeot-ATP umum perkongsian global baru

Peugeot-ATP umum perkongsian global baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Peugeot dan ATP mengumumkan perkongsian global yang baru, bermula pada tahun 2016. Perkongsian tersebut akan menyaksikan PEUGEOT menjadi kereta rasmi bagi Jelajah Dunia ATP, dengan 500 buah kenderaan di seluruh dunia.

Peugeot akan menjadi rakan Platinum bagi Jelajah Dunia ATP begitu juga dengan Kereta Rasmi di lebih dari 20 pertandingan Jelajah ATP. Lebih dari 500 buah kenderaan- 508, 3008, 5008 dan Expert Tepee — akan memberikan perkhidmatan pengangkutan kelas pertama bagi para pemain, pegawai, VIP, begitu juga dengan orang ramai dalam pertandingan itu.

Peugeot telah terlibat dalam tenis selama lebih dari tiga dekad, dan mengambil kira pemain nombor satu dunia ATP, Novak Djokovic, begitu juga dengan pemain-pemain seperti David Ferrer, Juan Martin del Potro, David Goffin, Jeremy Chardy, Benoit Paire, Tommy Robredo, Gilles Simon, Alize Cornet dan Belinda Bencic di antara dutanya. Perkongsian terbaru ini mengukuhkan hubungan lama PEUGEOT bersama tenis dengan secara rasminya menghubungkan kehadirannya di 160 buah negara dengan Jelajah Dunia ATP bertapak di seluruh dunia.

“Peugeot kaya dengan sejarah dalam sukan kami dan perkongsian jangka masa panjang ini bersama Jelajah Dunia ATP akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai jenama kereta kekal dalam tenis,” kata Chris Kermode, Pengerusi dan Presiden Eksekutif ATP.

Peugeot telah terlibat dalam tenis selama lebih dari tiga dekad, dan mengambil kira pemain nombor satu dunia ATP, Novak Djokovic, begitu juga dengan para pemain lain termasuk David Ferrer, Juan Martin del Potro dan David Goffin di antara dutanya.
Peugeot telah terlibat dalam tenis selama lebih dari tiga dekad, dan mengambil kira pemain nombor satu dunia ATP, Novak Djokovic, begitu juga dengan para pemain lain termasuk David Ferrer, Juan Martin del Potro dan David Goffin di antara dutanya.

“Seperti yang kami saksikan rekod penonton di seluruh dunia, kami gembira untuk memberikan jenama antarabangsa seperti Peugeot dan mengalu-alukan mereka kepada portfolio perkongsian kami yang meningkat.”

“Peugeot berkongsi nilai-nilai persembahan tenis, inovasi dan keanggunan,” kata Maxime Picat, CEO bagi Peugeot. “Ini adalah nilai yang sama yang kami mahu kongsi bersama pelanggan kami. Peugeot telah bekerjasama dengan Roland Garros selama lebih dari 30 tahun. Perkongsian baru bersama Jelajah Dunia ATP ini adalah kesinambungan kepercayaan kami dalam tenis sebagai platform yang memberikan impak untuk mempamerkan Peugeot di seluruh dunia, sepanjang tahun.”

Di luar gelanggang, Peugeot akan menikmati kehadiran dalam ATPWorldTour.com, dan portal digital no.1 tenis yang merekodkan 325 juta pengunjung pada 2014, dan akan menjadi rakan bagi ATP World Tour Uncovered, majalah minggu Jelajah, persembahan TV yang ditayangkan di 170 buah negara, yang menawarkan peminat-peminat keunikan akses di sebalik tabir Jelajah Dunia ATP.

ARTIKEL YANG SAMA