Peugeot, DRIVECO tingkat komitmen sifar pencemaran

Peugeot, DRIVECO tingkat komitmen sifar pencemaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Peugeot Design Lab telah membentuk stesen mengecas dari tenaga suria bagi kenderaan elektrik DRIVECO Parasol yang menggabungkan ekologi dan teknologi dengan rangka kayu mengampu panel-panel fotovolta yang memberikan teduhan perlindungan bagi kenderaan ketika dicas.

Perkongsian ini meneruskan komitmen Peugeot kepada ‘pencemaran sifar’ daripada pengeluar kepada pengguna. Perasmian jalan raya suria pintar ini dilancarkan di Ajaccio pada Mei ini.

Kakitangan Makmal Peugeot telah menyelesaikan projek ini yang diakui mempunyai nilai-nilai kemodenan dan kerjaya ekologi DRICECO Parasol.

Struktur kayu terbuka yang mengampu panel suria 150 meter persegi bertindak sebagai kanopi, sementara pangkalan Parasol yang mengembang menempatkan terminal cas dan bateri simpanan elektrik. Projek ini memerlukan kemahiran pereka, pembentuk model 3D dan pakar-pakar warna dan bahan.

DRIVECO Parasol adalah stesen mengecas yang mengandungi 88 panel fotovolta dan bateri litium-ion bagi menghasilkan dan menyimpan tenaga suria.

Kenderaan elektrik iOn bukti komitmen Peugeot untuk ‘sifar pencemaran’.
Kenderaan elektrik iOn bukti komitmen Peugeot untuk ‘sifar pencemaran’.

Dengan kaedah ini, elektrik boleh diagihkan bila-bila masa meskipun ketika cahaya matahari pada tahap  rendah, dan dikongsi dalam kalangan rangkaian beberapa Parasol dengan adanya sistem pengendalian tenaga ‘grid pintar’.

Setiap Parasol adalah universal dan boleh mengecas sehingga tujuh buah kereta, skuter atau basikal serentak, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dengan waktu mengecas memberikan pilihan cepat atau biasa. Perkongsian antara makmal dan DRIVECO mengukuhkan komitmen Peugeot kepada mobiliti elektrik untuk pengeluaran sifar CO2 dari pengeluar hinggalah kepada pengguna.

Peugeot telah menjual pelbagai kenderaan elektrik untuk memenuhi semua keperluan sejak 2010: basikal, kereta persendirian dengan iOn dan kenderaan komersial dengan rakan elektrik.