Peugeot Fractal menang anugerah tercantik

Peugeot Fractal menang anugerah tercantik

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Peugeot Fractal baru-baru ini telah dianugerahkan Hadiah Utama Creativ’Experience oleh Festival Automobil Antarabangsa di Majlis Penyerahan Festival Automobil Antarabangsa ke-31 yang diadakan di Hotel des Invalides Paris.

Hadir bagi mewakili Peugeot menerima piala tersebut ialah Ketua Penggayaan Peugeot, Gilles Vidal, yang melambangkan inovasi Fractal.

Setiap tahun, Festival Automobil Antarabangsa memberikan hadiah kepada reka bentuk yang paling cantik.

Hadiah-hadiah ini dianugerahkan oleh panel-panel pakar dan peminat-peminat yang dipengerusikan oleh arkiteknya Jean Michel Wilmotte dan termasuk tokoh-tokoh terkenal dunia automotif, media dan fesyen.

Menurut kenyataan di sini, Peugeot Fractal telah berjaya menarik hati panel-panel festival itu dipilih untuk memenangi hadiah utamanya.

Lakaran kereta konsep Peugeot Fractal yang menerima Hadiah Utama Creativ’Experience di Festival Automobil Antarabangsa ke-31.
Lakaran kereta konsep Peugeot Fractal yang menerima Hadiah Utama Creativ’Experience di Festival Automobil Antarabangsa ke-31.

Ia merupakan hadiah kedua yang dimenangi oleh Peugeot Fractal, yang sebelum ini telah dipilih sebagai ‘Kereta Konsep Terbaik’ di Pameran Kereta Frankfurt 2015 oleh pembaca-pembaca Auto Plus dan para pendengar RTL pada 25 September tahun lepas.

“Saya begitu gembira untuk menerima hadiah utama ini bagi Peugeot Fractal di mana ia satu hadiah yang mengetengahkan pengalaman pemandu. Hadiah ini juga sebagai ganjaran kepada kajian terhadap reka bentuk bunyi dan teknologi percetakan 3D yang termaktub dengan kereta konsep ini,” ujar Gilles Vidal dipetik sebagai berkata.

Kereta konsep Peugeot Fractal ini juga memaparkan visi jenama dalam kereta coupe elektrik pada masa depan dan ia juga menolak Peugeot i-cockpit dengan lebih jauh dengan menggunakan bunyi untuk menjadi pemanduan lebih intuitif.