Peugeot kembali ke pasaran Iran

Peugeot kembali ke pasaran Iran

TEHRAN, 8 Feb – Pengeluar kereta Perancis, Peugeot akan memberikan Iran Khodro penepian hutang 427 juta euro, bonus dan diskaun di bawah perjanjian pertama selepas sekatan mereka, menurut pengeluar Iran itu semalam.

Iran Khodro telah menandatangani perjanjian dengan Peugeot ketika lawatan Presiden Hassan Rouhani ke Perancis bulan lalu untuk membentuk usaha sama yang dijangka akan melabur sehingga 400 juta euro dalam tempoh lima tahun.

Peugeot adalah pengeluar kereta barat pertama yang mengumumkan pengembalian kepada Iran sejak banyak sekatan ekonomi ke atasnya telah ditarik balik bulan lalu setelah pelaksanaan perjanjian nuklear bersejarah dengan kuasa-kuasa dunia.

“Untuk mengganti tindakan tiba-tiba meninggalkan Iran di bawah sekatan,” CEO Iran Khodro, Hashem Yekkeh Zare semalam berkata, Peugeot bersetuju mengetepikan 80 juta euro hutang yang belum dijelaskan dan memberikan alat ganti kereta percuma bernilai 25 juta euro, dan pengeluaran bagi model Peugeot 207 bernilai 11 juta euro.

Peugeot juga akan menawarkan diskaun 311.6 juta euro, ujarnya, termasuklah 140 juta euro dalam bayaran royalti bagi kereta dibuat di bawah nama Peugeot.

Peugeot menjadi pengeluar kereta barat pertama untuk kembali ke dalam pasaran Iran. – Reuters
Peugeot menjadi pengeluar kereta barat pertama untuk kembali ke dalam pasaran Iran. – Reuters

“Peugeot akan menerima 30 euro dan bukannya 100 euro dalam royalti bagi dua juta buah kereta,” kata Yekkeh Zare.

Sebagai sebahagian perjanjian bulan lau, Peugeot dan rakannya dari Perancis, Citroen akan bekerjasama dengan Iran Khodro untuk akhir mengeluarkan 200,000 buah kenderaan setahun dengan menggunakan alat keluaran Iran.

Matlamat ialah untuk menjadikan Peugeot 208, kenderaan sport utiliti dan model kompak 301, dengan kenderaan-kenderaan pertama dijangka dikeluarkan dalam tahun 2017.

Usaha sama akan mengeksport 30 peratus penghasilannya dan selebihnya akan dijual dalam pasaran domestik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA