Peugeot komited kekalkan kepercayaan pelanggan

Peugeot komited kekalkan kepercayaan pelanggan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Pemasangan perisian ke atas kenderaan terhadap industri automotif yang tersebar melalui media massa telah memberi kesan terhadap setiap pengeluaran kenderaan diesel di seluruh dunia. Salah sebuah syarikat kereta jenama Peugeot walau bagaimanapun telah menafikan pemasangan itu membabitkan jenama kereta syarikat tersebut.

Menurut kenyataan PSA Peugeot yang diperolehi daripada T.C.Y. Motors Sdn Bhd baru-baru ini, menjelaskan bahawa kenderaannya tidak pernah dipasang dengan mana-mana perisian atau peranti yang mengesan ujian pelepasan dan mencetuskan sistem rawatan pencemaran, termasuk untuk oksida nitrogen (NOx), yang tidak aktif dalam keadaan pemanduan biasa.

PSA Peugeot adalah pengeluar kereta pertama yang menggunakan teknologi Selective Catalytic Reduction (SCR) iaitu ‘BlueHDi’ di semua kenderaan penumpang Euro6 diesel. Sistem rawatan ekzos ini, kumpulan yang memegang kira-kira 100 paten itu telah diiktiraf oleh pelbagai pengeluaran sebagai teknologi paling berkesan untuk merawat oksida nitrogen.

Peugeot adalah pengeluar kereta pertama menggunakan teknologi SCR pada semua kenderaan penumpang Euro6 diesel.
Peugeot adalah pengeluar kereta pertama menggunakan teknologi SCR pada semua kenderaan penumpang Euro6 diesel.

Dalam masa yang sama juga, PSA Peugeot telah mencipta penapis zarahan 11 tahun sebelum ia menjadi keperluan undang-undang untuk semua pembuat kereta dengan pengenalan standard Euro 5 pada bulan Januari 2011.

Komited untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan, PSA Peugeot mengambil inisiatif itu untuk menerbitkan kepada dunia sebenar data ekonomi bahan api untuk kenderaan yang diukur dengan sebuah badan bebas, di samping data pelekat yang dikehendaki iaitu mengambil langkah-langkah teknikal untuk menjangka prosedur masa depan Worldwide harmonized Light vehicles Test Procedure (WLTP) yang lebih tepat.

ARTIKEL YANG SAMA