Peugeot lebih besar, lebih baik

Peugeot lebih besar, lebih baik

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Versi terkini kenderaan pacuan dua roda yang membuat kemunculan sulung di epic Dakar Rally pada bulan Januari telah terbongkar.

Evolusi kereta terbaru ini, yang dijadualkan membuat penampilan kompetitif pertama lewat tahun ini sebelum ke Amerika Selatan, lebih panjang, lebih luas, lebih rendah dan lebih berkuasa daripada sebelumnya: tampil lebih agresif, dan juga dengan struktur penambahbaikan kualiti kulit.

Unjuran depan dan belakang telah dikurangkan, meningkatkan keupayaan pergerakan kereta. Ini adalah penting apabila ia datang untuk menangani halangan-halangan yang berbeza-beza seperti semasa di bukit-bukit pasir, pinggir sungai, dan batu-batu besar yang bercirikan Dakar, menjadikannya salah satu pengembaraan sebenar yang terkini di dunia.

Manfaat penambahbaikan Peugeot 2008DKR16 daripada aerodinamik: bonet dan bumbung yang dipasang penyaman udara telah banyak dikaji semula sebelumnya untuk memberikan lebih keseimbangan antara depan dan belakang. Skop udara baru juga memastikan aliran udara yang lebih baik.

Evolusi lainnya terletak di bawah kulit karbon, di mana ia direka bentuk semula untuk menangani struktur bumi yang berbeza dan kasar dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, perubahan ini juga memberi manfaat kepada keseimbangan kerita yang lebih baik dengan padanan tayar yang lebih ringan daripada Michelin. Ini menggantikan aluminium roda dua keping dari edisi tahun lepas, dengan kombinasi yang memberi penjimatan berat badan yang ketara.

Peugeot 2008DKR16 direka semula dengan kemampuan evolusi yang lebih berupaya dan tahan lasak.
Peugeot 2008DKR16 direka semula dengan kemampuan evolusi yang lebih berupaya dan tahan lasak.

Proses kereta baru telah menjadi kerja yang berterusan, dengan kerja-kerja pembangunan bermula sebaik sahaja kereta asal melintasi garisan penamat di Buenos Aires, hanya cuma lebih tujuh bulan yang lalu, pada akhir Dakar tahun ini.

Jurutera Peugeot telah meninjau ke bahagian ‘Lion’ satu persatu, menganalisis apa yang boleh dilakukan dengan lebih baik, dengan bantuan pakar-pakar Dakar, seperti Stéphane Peterhansel (pemenang 11 kali), Carlos Sainz (dua kali juara rali dunia dan juga bekas pemenang Dakar) serta Cyril Despres (pemenang Dakar basikal lima kali ).

Penambahbaikan ini telah beransur-ansur digunakan dan dinilai melalui satu siri ujian, memuncak dalam kemasan Peterhansel dan Despres pada baru-baru ini di China Silk Road Rally dengan menggunakan spesifikasi interim kereta.

Ini pada dasarnya merupakan model 2015 dengan penambaikan tambahan beberapa bahagian untuk tahun 2016.