Peugeot perkenal 3 model terbaru

Peugeot perkenal 3 model terbaru

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Peugeot kini sedang memperkembangkan model keluarannya secara meluas dengan memperkenalkan tiga lagi model terbarunya untuk pasaran Jepun iaitu Peugeot Sport 208 baru, 308 GTi dan 508 GT BlueHDi. Model berkenaan telah dilancarkan baru-baru ini semasa petunjukkan Motor Tokyo ke-44 pada 28 oktober lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh T.C.Y. Motors Sdn Bhd, ketiga-tiga model berkenaan mempunyai keistimewaan masing-masing yang tersendiri. Dengan penggunaan teknologi enjin PureTech, Peugeot Sport 208 telah dipasangkan dengan transmisi automatik cekap 6 (EAT6) yang juga melambangkan matlamat jenama yang tinggi dan terbaru di pasaran. Ia menyediakan rangkaian kuasa yang disesuaikan dengan pemandu-pemandu Jepun ‘dari segi kesederhanaan, prestasi dan keseronokan’.

Sementara itu, model Peugeot Sport 308 GTI pula telah membuat penampilan sulung Asia di Tokyo dan meraih ganjaran kekayaan silsilah Peugeot dalam sukan permotoran Jepun. Menyampaikan 270 hp dan dibangunkan oleh pasukan Peugeot Sport, Peugeot 308 GTi telah menduduki di petak pertama berikutan kejayaan model tersebut dalam kedudukan julat 308.

Peugeot perkenal tiga model terbarunya pada Pameran Motor Tokyo ke-44.
Peugeot perkenal tiga model terbarunya pada Pameran Motor Tokyo ke-44.

Model ketiganya pula iaitu GT Peugeot 508 yang dilancarkan dengan enjin 2.0L BlueHDi itu menandakan satu peristiwa penting bagi Peugeot di Jepun.

Ia merupakan model kenderaan diesel pertama yang dipasarkan di negara itu dalam sejarah empat puluh tahun dalam Nusantara. Janakuasa BlueHDi baru itu, yang diusahakan oleh pihak berkuasa Jepun, telah mendapat kelebihan untuk mempromosikan diesel bersih dengan cara yang sama seperti teknologi alam sekitar yang lain. Dengan memiliki teknologi bersih diesel eksklusif Euro6 patuh termasuk bahan tambahan DPF, SCR untuk mengurangkan pelepasan NOx, dan sistem ‘Stop & Start’, Peugeot 508 GT BlueHDi akan menerima pengecualian cukai seperti yang diberikan kepada kenderaan elektrik dan hibrid.

ARTIKEL YANG SAMA