Pewaris Raja Thailand dibayangi Bhumibol

Pewaris Raja Thailand dibayangi Bhumibol

BANGKOK, Thailand, 13 Okt – Raja Thailand seterusnya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn akan memegang tampuk kepimpinan bapanya yang hebat.

Raja Bhumibol Adulyadej, yang mangkat hari ini pada usia 88 tahun, telah memerintah selama 70 tahun dengan legenda kejujuran dan kepatuhan kepada pembangunan negara itu.

Vajiralongkorn berusia 64 tahun, anak kedua dan anak lelaki tunggal Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, bagaimanapun, dibelenggu dengan reputasi yang menakutkan yang boleh melemahkan kehormatan raja.

Raja Bhumibol menetapkan Vajiralongkorn sebagai penggantinya pada lebih daripada 40 tahun yang lalu. Terdapat calon lain bagi penggantiannya – termasuk kakaknya – dan ada spekulasi mengatakan bahawa seseorang mungkin dipilih.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dalam ucapannya hari ini, dengan tidak menyebut putera mahkota, berkata bahawa raja telah menetapkan penggantinya pada 28 Disember, 1972.

Gambar fail 9 Mei 2016 menunjukkan Putera Mahkota Vajiralongkorn duduk di majlis diraja di Bangkok. – AP
Gambar fail 9 Mei 2016 menunjukkan Putera Mahkota Vajiralongkorn duduk di majlis diraja di Bangkok. – AP
Warga Thailand menangis di luar Hospital Siriraj di mana King Bhumibol Adulyadej telah dirawat di Bangkok, Thailand, kelmarin. – AP
Warga Thailand menangis di luar Hospital Siriraj di mana King Bhumibol Adulyadej telah dirawat di Bangkok, Thailand, kelmarin. – AP

“Kami kerajaan perlu meneruskan dengan langkah seterusnya mengikut undang-undang, “katanya.

Orang awam telah lama mendengar khabar angin tentang masalah kewangan Vajiralongkorn, sikap panas baran dan perkara-perkara lain. Tiga perkahwinan beliau turut menggemparkan penduduk.

Walaupun beliau menghadiri istiadat diraja dan pada tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengambil alih tugas bapanya dalam beberapa tugas adat istiadat dan diplomatik.

Manakala tiga adik-beradik beliau dan isteri pertamanya sering muncul di siaran televisyen waktu malam di berita diraja, menghadiri majlis-majlis sosial dan menjalankan kerja-kerja yang baik bagi menjaga nama baik monarki tersebut. – AP