Pfizer hampiri perjanjian beli Medivation

Pfizer hampiri perjanjian beli Medivation

Pfizer Acquires Wyeth For $68 Billion

NEW YORK, 22 Ogos – Farmaseutikal gergasi AS, Pfizer hampir mencapai perjanjian untuk membeli firma bioteknologi Medivation AS, yang mengkhususkan dalam rawatan kanser, dengan anggaran AS$14 bilion, lapor media Amerika Syarikat.

Bloomberg dan The Wall Street Journal berkata perjanjian itu boleh didedahkan kepada umum seawal hari ini. The Journal, memetik orang yang rapat dengan perjanjian tiu sebagai berkata, ia boleh menjadi suatu urus niaga tunai.

Tawaran Pfizer bagi Medivation yang berpangkalan di California San Francisco, melambung tinggi daripada nilai pasaran syarikat sebanyak AS$11.1 bilion. Saham Medivation ditutup pada AS$67.16 dalam perdagangan Jumaat lalu.

Dengan membeli Medivation, Pfizer akan menambah portfolio perubatan dadah Xtandi, satu rawatan terhadap kanser prostat dan penganalisis menganggarkan ia menjanjikan pulangan yang akan menjana AS$1.33 bilion dalam jualan tahunan 2020.

Pembelian itu akan menjadi pembelian terbesar Pfizer sejak ia membeli syarikat peranti perubatan Hospira tahun lepas dengan harga AS$17 bilion.

Urus niaga tersebut merupakan satu penghinaan kepada kumpulan Perancis farmaseutikal Sanofi, yang sebelum ini ditawarkan AS$58 sesaham, yang ditolak Medivation pada bulan Julai. – AFP