Pg. Haji Redzuan kekal Yang Di-Pertua PEMODA

Pg. Haji Redzuan kekal Yang Di-Pertua PEMODA

Oleh Mohammad Abdullah

BANDAR SERI BEGAWAN 27 April – Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad kekal sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) sesi 2016-2018 selepas beliau menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung ke-11 persatuan itu yang diadakan sebuah hotel terkemuka di Berakas kelmarin.

Beliau menyandang jawatan tersebut selama enam tahun berturut-turut sejak 2012. Sepanjang menerajui PEMODA, banyak aktiviti dan kemajuan dicapai oleh persatuan itu sehingga menjadi antara persatuan motosikal unggul di rantau ini.

Pada mesyuarat pemilihan itu, M. Shahrin bin Shahbudin yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Sosial dan Perhubungan telah dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertua dengan meraih 87 undi, mengambil alih jawatan itu daripada Haji Khairul bin Haji Mohd Ya’akub.

Awang Hayrul Erwan bin Haji Abdul Wahab pula dilantik sebagai Setiausaha Agong PEMODA menganti Awang Mohd Fadzlan bin Dato Haji Abdullah, yang telah memegang jawatan tersebut selama 4 tahun (2012-2014).

Gambar ramai AJK Tertinggi PEMODA bagi tahun 2016-2018.
Gambar ramai AJK Tertinggi PEMODA bagi tahun 2016-2018.

Manakala Pengiran Radin bin Pengiran Haji Othman kekal sebagai Bendahari Agong selepas 107 orang mengudi dan memberi kepercayaan pada beliau untuk menjalankan tugas sebagai Bendahari. Beliau telah memegang jawatan tersebut sejak 2012.

Kira-kira 200 ahli PEMODA menghadiri Mesyuarat Agong PEMODA ke-11 itu.

ARTIKEL YANG SAMA