P&G lantik Ong sebagai CEO 3 negara

P&G lantik Ong sebagai CEO 3 negara

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) – Procter & Gamble (P&G) melantik Ong Yuh Hwang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Negara Malaysia, Singapura dan Brunei yang baharu.

Menurut syarikat barangan pengguna multinasional Amerika Syarikat itu, Ong akan menerajui portfolio jenama terkemuka seperti SK-II, Olay, Pantene, Rejoice, Head & Shoulders, Gillette, Ambipur, Dynamo, Oral-B dan Braun.

“Ong, dilahirkan dan menerima pendidikan di Singapura, menyertai P&G pada 1996 dan merupakan Pengarah Jualan sebelum pelantikan tersebut.

“Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam jualan, strategi pasaran, pemasaran dan pelaksanaan pasaran komersial dalam industri pengguna dan oleokimia,” menurutnya dalam satu kenyataan Jumaat.

Ong berkata tumpuan utama beliau adalah melaksanakan inovasi barangan yang membawa nilai kepada kehidupan pengguna secara kecil namun sangat bermakna. Beliau akan berpangkalan di ibu pejabat P&G di Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL YANG SAMA