PGA disahkan positif dadah

PGA disahkan positif dadah

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 14 Julai – Padah terjebak dengan dadah sejak enam tahun lalu, seorang anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang ditahan selepas dipercayai positif dadah jenis Amp, di sini, kelmarin.

Suspek 40, di tahan sekitar jam 9.40 pagi kelmarin di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang selepas ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapatinya positif dadah jenis Amp.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek mengambil dadah jenis syabu sekadar untuk seronok.

Suspek jelasnya mula berkhidmat dalam pasukan polis sejak 17 tahun lalu sebelum berkhidmat di Limbang pada 2007.

Mohd Bukhori berkata hasil siasatan awal juga mendapati suspek mula menghisap dadah sebelum memasuki pasukan polis sejak 18 tahun lepas dan kemudiannya berhenti menagih.

“Suspek mulai terlibat dalam aktiviti menghisap dadah sejak enam tahun lalu tetapi tidak kerap.

“Kali terakhir suspek menghisap dadah adalah pada dua minggu lepas,” ujarnya lagi.