PGA rampas senapang, minyak diesel

PGA rampas senapang, minyak diesel

Oleh Arissa

 

BA KELALAN, 28 Julai – Tindakan empat lelaki yang melarikan diri menuju ke Long Bawan, Indonesia selepas terserempak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang yang sedang berkawal di kawasan sempadan Ba Kelalan membongkar perbuatan mereka yang menyembunyikan senapang patah dan beberapa tong minyak diesel bersubsidi Ahad lepas.

Kompeni Komander PGA Limbang ASP Paul Paren Ibau berkata ketika melakukan rondaan sekitar jam 8.30 malam itu, anggotanya terserempak dengan empat orang lelaki yang menunggang tiga buah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah melihat kehadiran kami, kesemua mereka telah melarikan diri menuju ke Long Bawan Indonesia.

RAMPAS...Paul (tiga kiri) dan anggotanya bersama barangan rampasan yang ditemui di Ba Kelalan Ahad lepas.
RAMPAS…Paul (tiga kiri) dan anggotanya bersama barangan rampasan yang ditemui di Ba Kelalan Ahad lepas.

“Hasil pemeriksaan di kawasan tersebut, kami menjumpai lima buah tong biru yang dipercayai mengandungi 150 liter minyak diesel bersubsidi serta selaras senapang patah buatan sendiri berserta dua butir peluru hidup jenis buckshot yang ditemui di tepi jalan raya terbabit,”ujarnya di sini semalam.

Katanya kesemua barangan kes terbabit dirampas dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Lawas untuk siasatan lanjut.