Phelan dilantik pengurus baharu

Phelan dilantik pengurus baharu

LONDON, 14 Okt – Mike Phelan menjadi ketua jurulatih baharu yang tetap di Hull City, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu awal pagi tadi.

“The Tigers gembira mengesahkan pelantikan Mike Phelan sebagai ketua jurulatih yang baharu secara tetap,” kata kenyataan Hull.

Phelan menjadi pengendali sementara kelab sejak bekas pemain Manchester United, Steve Bruce meletak jawatan sebagai bos Tigers pada pra-musim.

Di bawah kendalian Phelan, penolong kepada pengurus legenda United, Alex Ferguson selama bertahun-tahun, pasukan baharu naik taraf itu mengumpul tujuh mata daripada tujuh perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini.

Pengumuman dibuat Hull menyelesaikan masalah selama beberapa minggu dihadapi Phelan, selepas lama dikatakan sebagai pengganti Bruce, dengan pemilik kelab sedang mengadakan perbincangan mengenai pengambilalihan kelab itu.

“Ia sudah agak lama, tetapi saya gembira dengan posisi saya sekarang dan saya tidak sabar menantikan cabaran mendatang,” kata Phelan.

“Ia mengambil masa tetapi ia perlu dilakukan dengan tepat. Apa yang penting ketika ini ialah kami akan mara ke depan dan membantu skuad pemain ini untuk berjaya bersama kelab ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA