Phelps akhiri Olimpik dengan emas ke-23

Phelps akhiri Olimpik dengan emas ke-23

RIO DE JANEIRO, 14 Ogos – Michael Phelps menutup tirai karier Olimpik dengan membantu Amerika Syarikat (AS) memenangi emas acara 4x100m rampaian di temasya Rio sebentar tadi, mengumpul emas peribadi ke-23.

Phelps mendahului pada pusingan ketiga disiplin kuak kupu-kupu sebelum Nathan Adrian melengkapkannya ketika AS menang mengatasi Britain dan Australia.

Phelps dan rakan sepasukan menerima sokongan penuh penonton dengan Ryan Murphy memberikan permulaan yang hebat apabila mencatat rekod dunia 51.85 saat pada saingan pembukaan kuak lentang.

Namun Adam Peaty, yang dua kali memecahkan rekod dunia 100m kuak dada untuk menang di Rio, mengatasi perenang AS Cody Miller pada pusingan kedua, membawa Great Britain daripada kedudukan keenam ke kedudukan pendahulu.

pg21_160815_olympic logo

Michael Phelps (dua kiri) bergambar bersama rakan sepasukannya. – AFP
Michael Phelps (dua kiri) bergambar bersama rakan sepasukannya. – AFP

Ia bermakna Phelps memulakan renangan kuak kupu-kupu dengan tugasan besar dan bintang itu yang beraksi buat kali kelima dan Olimpik terakhir, tidak mengecewakan.

Dia mengatasi perenang Britain, James Guy seterusnya memberikan Adrian ke pusingan terakhir gaya bebas dengan kelebihan yang tidak dipersia-siakan.

Pasukan AS menang dengan rekod Olimpik 3 minit 27.95 saat. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA