Phelps ancaman Sukan Olimpik Rio

Phelps ancaman Sukan Olimpik Rio

SAN ANTONIO, 12 Ogos – Legenda renang Olimpik, Michael Phelps melengkapkan epik usahanya pada kejuaraan kebangsaan AS Isnin lalu, setelah dimaklumkan dia memiliki kelajuan dan kemahiran untuk bersaing di Olimpik Rio 2016.

Phelps menamatkan tempat kelima dalam kuak lentang 200 meter Isnin lalu dalam masa 12 minit 11.30 saat, di belakang masa catatan pemenang Craig Benson 2:09.68. Tetapi Phelps jarang beraksi dalam acara itu dan menyertai sebagai pencabar dan senaman latihan berbanding kemenangan, setelah memenangi tiga acara dalam tempoh tiga hari dan menewaskan masa kejayaan kejohanan dunia di Rusia.

Phelps yang seharusnya bersaing pada acara dunia tetapi insiden memandu dalam keadaan mabuk mengakibatkannya digugurkan dari pasukan AS, sebaliknya berpuas hati dengan gelaran kebangsaan AS yang diadakan pada masa yang sama dengan kejohanan dunia.

Phelps mencapai hasratnya dalam kuak lentang 200 meter dengan memecahkan bekas rekod kelabnya North Baltimore Aquatic dengan catatan 2:21.1.

Phelps, yang memenangi lapan pingat emas pada Olimpik Beijing 2008, masih menunjukkan dia masih boleh menjadi ancaman kepada beberapa acara Sukan Rio De Janeiro tahun depan.

Phelps bersaing dalam acara 200 meter dalam Kejohanan Kebangsaan AS di San Antonio, Texas semalam. – AFP
Phelps bersaing dalam acara 200 meter dalam Kejohanan Kebangsaan AS di San Antonio, Texas semalam. – AFP

Juara Olimpik 18 kali itu memenangi medley individu 200m Ahad lalu dengan masa 1:54.75, lebih laju berbanding catatan Ryan Lochte 1:55.81 yang memenangi gelaran dunia di Rusia. Dia sebelumnya memenangi kuak kupu–kupu 100 dan 200m yang menewaskan masa terbaik kejohanan dunia.

Phelps berkata dia lebih suka berehat dan tidak berenang semalam, tetapi menyatakannya ia membantu meningkatkan keyakinannya dan keupayaannya untuk berusaha di Olimpik dan renang dalam masa beberapa jam dalam keadaan sukar. – AFP