Phelps tambah pingat emas ke-19

Phelps tambah pingat emas ke-19

RIO DE JANEIRO, 8 Ogos – Legenda renang Amerika Syarikat, Michael Phelps menambah pingat emasnya untuk mencipta rekod baharu di Sukan Olimpik hari ini.

Phelps mempamerkan persembahan mengagumkan dalam pusingan kedua bagi membantu Amerika Syarikat meraih kejayaan dalam acara 4×100 meter gaya bebas berganti-ganti.

Perenang berumur 31 tahun itu – yang kini memenangi keseluruhan 19 pingat emas, 23 secara keseluruhan – bersorak kegembiraan dan memeluk rakan pasukan selepas mereka mendahului juara bertahan, Perancis yang memenangi perak dan Australia di tempat ketiga.

pg23_160809_olympic logo

 Michael Phelps menangis semasa majlis penyampaian pingat apabila memenangi pingat emas dalam 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dalam acara renang di Sukan Olimpik  Rio 2016, Isnin lalu di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Michael Phelps menangis semasa majlis penyampaian pingat apabila memenangi pingat emas dalam 4×100 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki dalam acara renang di Sukan Olimpik Rio 2016, Isnin lalu di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

Ia adalah saat gemilang buat Phelps, yang baru saja kembali daripada persaraan bagi penyertaan terakhirnya di Olimpik kerana bertarung dengan masalah peribadi.

Kuartet Amerika Syarikat itu mempersembahkan saingan menggagumkan di Pusat Akuatik Olimpik Maria Lenk yang menyaksikan tiga rekod dunia dipecahkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA