Phelps terus cemerlang, Chen didakwa doping

Phelps terus cemerlang, Chen didakwa doping

RIO DE JANEIRO, 12 Ogos – Michael Phelps menguasai pertandingan dalam kolam Olimpik bagi kali ke 22 tetapi dadah muncul sekali lagi hari ini apabila perenang dari China, Chen Xinyi didedahkan sebagai kes pertama di Sukan Rio.

Kegagalan ujian Chen selepas tewas dalam pingat gangsa dalam acara kuak kupu–kupu wanita 100 meter diumumkan ketika atletik menuju menjadi tumpuan Olimpik yang memerlukan antidot bagi skandal dadah.

Phelps sekali lagi cemerlang dalam mengekalkan gelaran medley individual 200m, meninggalkan pesaing lamanya, Ryan Lochte yang berada di tangga kelima. Begitu juga dengan perenang tangga kedua, Kosuke Hagino ketinggalan dua saat di belakang.

Selepas itu, perenang berusia 31 tahun itu memberikan isyarat empat jarinya bagi menunjukkan empat pingat emasnya setakat ini di Rio. Ia membawanya kepada 22 gelaran Olimpik dan 26 pingat pada keseluruhannya.

pg23_160813_olympic logo

Michael Phelps meraikan kemenangannya bagi memenangi pingat emas dalam acara renang  200 meter rampaian individu lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Khamis lalu di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Michael Phelps meraikan kemenangannya bagi memenangi pingat emas dalam acara renang 200 meter rampaian individu lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Khamis lalu di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

Tetapi tumpuan dengan segera ke atas Chen, 18, yang memenangi pingat emas kejohanan dunia pada tahun lepas dalam pasukan medley 4×100. Persatuan Renang China berkata Chen diuji positif bagi diuretic hydrochlorothiazide selepas pertandingan acara kuak kupu–kupu 100m pada Ahad lalu, agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan.

Chen berada di tangga keempat dengan hanya 0.09 saat di belakang pemenang pingat gangsa, Dana Vollmer dari AS. Diuretic boleh digunakan untuk menutupi bahan terlarang yang lain.

CSA berkata Chen, yang dijadualkan menyertai gaya bebas 50m hari ini, meminta bagi ujian kedua ke atas contoh dijalankan dan pendengaran terhadap kes itu. CSA berkata ia “meminta kerjasama sepenuhnya dari Chen dalam penyiasatan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA