Phelps tutup tirai saingan dengan emas ke-21

Phelps tutup tirai saingan dengan emas ke-21

RIO DE JANEIRO, 10 Ogos – Michael Phelps menamatkan saingan di Olimpik Rio dengan penuh bergaya apabila merangkul pingat emas ke-21, semalam.

Perenang Amerika Syarikat itu menewaskan Chad le Clos bagi merampas kembali gelaran 200 meter (m) kuak kupu-kupu dan meraikan kejayaan dengan menggenggam tangan ke udara sambil meminta penonton di Rio supaya ‘lebih bising’.

Katinka Hosszu dan Katie Ledecky menambah pingat dalam kategori wanita tetapi semua tumpuan terarah kepada Phelps yang kemudian menjulang pingat emas 4 x 200 m berganti-ganti sebelum berakhirnya saingan di kolam renang sebentar tadi.

Meraikan kejayaan bersama penonton Brazil, Phelps kemudian memanjat melepasi jurugambar di kolam renang untuk mencium tunangnya, Nicol dan bayinya, Boomer dalam majlis penyampaian hadiah yang penuh emosi.

pg23_160811_olympic logo

Michael Phelps meraih pingat emas dalam acara renang 200 meter kupu-kupu lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2016, di Rio de Janeiro, Brazil, Selasa lalu. – AP
Michael Phelps meraih pingat emas dalam acara renang 200 meter kupu-kupu lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2016, di Rio de Janeiro, Brazil, Selasa lalu. – AP

Memasuki arena kolam renang seperti wira ‘gladiator’, riak wajahnya penuh dengan tumpuan, Phelps mendominasi final mengatasi le Clos dalam pertarungan seumpama ‘Muhammad Ali melawan Joe Frazier’ untuk muncul perenang individu tertua memenangi emas dalam sejarah Olimpik di usia 31 tahun.

Perenang Afrika Selatan, le Clos, yang memenangi acara individu itu empat tahun lalu di London, merampas gelaran hatrik yang diperoleh Phelps sebelum itu.

Phelps yang juga pemegang rekod dunia, merekodkan 1 minit 53.36 saat untuk menambah pungutan pingat apabila perenang Jepun, Masato Sakai mengejutkan ramai dengan pingat perak apabila merekod 1:53.40s. – AFP