PHEM anjur majlis bertahlil di Kg Masin

PHEM anjur majlis bertahlil di Kg Masin

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Pejabat Hal Ehwal Masjid (PHEM) Brunei dan Muara, hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil Arwah bagi keluarga Pegawai/Kakitangan Masjid Daerah Brunei dan Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Masin itu ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir bin Haji Masri.

Bacaan surah Yasin pimpinan Imam Masjid Kampung Masin, Haji Mohd Zainul Asramin bin Haji Mohd Hassan membuka tirai majlis sebelum diteruskan dengan bacaan Tahlil dan doa arwah.

Seterusnya, bacaan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Al-Muhtadee Billah, Sungai Kebun, Pengiran Amiruddin bin Pengiran Haji Tejudin.

Majlis membaca Surah Yasiin dan Tahlil Arwah ke-3 bagi keluarga para pegawai Masjid Daerah Brunei dan Muara yang telah kembali ke rahmatullah.
Majlis membaca Surah Yasiin dan Tahlil Arwah ke-3 bagi keluarga para pegawai Masjid Daerah Brunei dan Muara yang telah kembali ke rahmatullah.

Di majlis yang diadakan buat kali ketiga itu juga, tiga ahli keluarga menerima sumbangan khairat yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Menurut kenyataan penganjur, majlis keagamaan ini diadakan bagi memeriahkan lagi bulan Syaaban dan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mubarak sedikit masa lagi.

ARTIKEL YANG SAMA