PHI perkenalkan menu terbaru

PHI perkenalkan menu terbaru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Pancake House International (PHI) memahami cita rasa masyarakat Brunei dengan memperkenalkan produk terbarunya iaitu “Ayam Filet Pedas dengan nasi perang Pilaf” yang merupakan salah satu menu yang sangat popular di Filipina.

Menurut Pengurus Restoran PHI, Aldous Brian Corpuz, pilihan nasi perang dalam menu terbaru itu menyajikan hidangan sihat yang mana nasi tersebut kaya dengan kandungan selenium yang mengurangkan risiko penumbuhan penyakit seperti barah, jantung dan artritis.

Selain itu, ia juga dikira sebagai bijirin mil penuh yang membantu dalam pengurangan berat badan, anti-oksida dan mengimbangkan gula di dalam badan, tambahnya.

Di samping itu, hidangan nasi perang istimewa ini juga disajikan dengan ayam filet pedas yang diminati pelanggan yang menginginkan rasa ayam pedas sebenar. Hidangan ini turut disediakan dengan potongan lemon dan krim mayo.

Hidangan terbaru dikenali sebagai “Ayam Filet Pedas dengan nasi perang Pilaf,” salah satu menu yang sangat popular di Filipina dan kini diperkenalkan ke negara ini.
Hidangan terbaru dikenali sebagai “Ayam Filet Pedas dengan nasi perang Pilaf,” salah satu menu yang sangat popular di Filipina dan kini diperkenalkan ke negara ini.

PHI ditubuhkan pada 1974 di Filipina dan kini mempunyai 114 cawangan di negara itu, rangkaian francais Pancake House International telah tersebar luas ke negara-negara Asia termasuk Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA