Phnom Penh mahu kurangkan penggunaan beg plastik

Phnom Penh mahu kurangkan penggunaan beg plastik

PHNOM PENH, 24 Nov (dpa) – Phnom Penh berusaha mengurangkan penggunaan beg plastik di ibu negara, menyertai bandar Asia Tenggara lain seperti Manila, Bandar Ho Chi Minh dan Pulau Pinang, demikian menurut satu laporan media yang disiarkan hari ini.

UNESCO dan Kementerian Alam Sekitar dan Pelancongan akan melancarkan program itu pada Jumaat yang bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan menambah kesedaran mengenai bahaya membuang sampah.

Projek itu pada mulanya menyasarkan daerah Riverside, kawasan yang dekat dengan Istana Diraja dan terkenal dengan pelancong antarabangsa dan penduduk tempatan, tetapi sering membuang sampah dalam beg plastik dan sampah lain.

ARTIKEL YANG SAMA