PHOP adakan promosi All You Can Eat

PHOP adakan promosi All You Can Eat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Paddington House of Pancake (PHOP) turut tidak ketinggalan menawarkan promosi dalam bulan Ramadan ini dengan promosi sungkai All You Can Eat di cawangannya di Berakas dan Gadong.

Dalam promosi ini, yang bermula dari pukul 6 petang hingga 9 malam, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai pilihan hidangan dari seluruh dunia.

Hidangan Burger Pankek ‘Wellington’ adalah salah satu pilihan terbaik untuk berbuka puasa, yang menggabungkan pilihan ayam, daging, atau kambing dengan nenas, bawang, keju dan telur mata lembu sesuai bagi penggemar burger.

Jika itu tidak mencukupi, cubalah pilihan Pasta dari ikan Salmon bakar kepada ikan laut Marinara krim.

Antara Pankek popular iaitu Honolulu, Mexico, Capri dan Tokyo sebagai menu dalam promosi tersebut.
Antara Pankek popular iaitu Honolulu, Mexico, Capri dan Tokyo sebagai menu dalam promosi tersebut.
Creamy Marinara Seafood menyelerakan malam anda dengan rasa yang tersendiri.
Creamy Marinara Seafood menyelerakan malam anda dengan rasa yang tersendiri.

Hidangan wafel-wafel istimewa sebagai ikon PHOP setentunya akan menarik pelanggan dengan hidangan seperti Wafel Cranberry dengan krim keju, potongan ayam dan Avocado, Tuna Mayonaise Wasabi dengan sos Chipotle dan yang popular Gourmet Wafel Burger dengan Homemade pati kambing dan ubi kentang keju.

PHOP turut menyajikan hidangan pencuci mulut seperti Blackforest Coklat Wafel bersama-sama ceri atau pisang goreng waffle, dan tidak lupa Tiramisu dengan keju krim dan minuman espreso.

ARTIKEL YANG SAMA