PHOP buka cawangan kedua di Gadong

PHOP buka cawangan kedua di Gadong

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Paddington House of Pancake (PHOP) membuka cawangannya yang kedua di Gadong, dengan memperkenalkan tambahan menu-menu terbaru merangkumi 150 hidangan.

Antara menu pembuka mulut yang ditawarkan di PHOP adalah sarapan pagi, PHOP Nachos pagi, sayur Taco salsa, dan Wafel BLT Classic, manakala hidangan pasta pula termasuk Chipotle Ayam Katsu dan Gothenburh iaitu gabungan makanan laut dengan pesto merah sebagai hidangan menyelerakan bagi penggemar makanan laut.

Bagi hidangan wafel-wafel istimewa sebagai ikon PHOP, pelanggan setentunya akan menyukai Wafel Cranberry dengan krim keju, potongan ayam dan Avocado, Tuna Mayonaise Wasabi dengan saus Chipotle dan Burger Gourmet Waffle dengan pati kambing buatan sendiri dan ubi kentang keju.

Jika itu tidak mencukupi, PHOP turut menyediakan hidangan pencuci mulut bersama ais krim, seperti Wafel Coklat Blackforest bersama ceri atau wafel pisang goreng. Turut disyorkan adalah hidangan Tiramisu dengan keju krim dan minuman Espreso.

Ayam Goreng Waffle dengan saus Chipotle.
Ayam Goreng Waffle dengan saus Chipotle.
Nikmati menu-menu terbaru daripada PHOP, Gadong.
Nikmati menu-menu terbaru daripada PHOP, Gadong.
Tiramisu Waffle menu yang menjadi pilihan ramai.
Tiramisu Waffle menu yang menjadi pilihan ramai.

Bersempena dengan kedatangan sambutan Hari Ibu ini, PHOP turut menyediakan krep Black Forest dan penkek istimewa hanya untuk bulan Mei ini. Malah, ibu-ibu juga akan menerima penkek percuma dengan pembelian $30 ke atas.

Selain itu, PHOP juga mengadakan peraduan Instagram untuk seisi keluarga dengan mengikuti @paddingtonpancakesbn #phopbrunei #phopfamilymoments dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa sempena Hari Ibu ini.

ARTIKEL YANG SAMA