PHR terus aktif adakan perlawanan

PHR terus aktif adakan perlawanan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Keluarga Besar PHR terus aktif mengadakan perlawanan persahabatan dalam usahanya untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota keluarganya.

Perlawanan mereka kali ini ialah menentang Keluarga HK Kasah, yang telah berlangsung di padang bolasepak Sekolah Rendah (SR) Pulaie.

Perlawanan persahabatan itu juga bermatlamat untuk anggota keluarga daripada dua buah keluarga yang berbeza saling kenal mengenali antara satu sama lain dalam sama-sama mengikat ukhuwah dalam kalangan mereka melalui sukan tersebut.

Keluarga PHR (biru) bergambar ramai dengan Keluarga HK Kasah (hijau) sebelum memulakan perlawanan bola sepak persahabatan berkenaan.
Keluarga PHR (biru) bergambar ramai dengan Keluarga HK Kasah (hijau) sebelum memulakan perlawanan bola sepak persahabatan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA