PIA larang penggunaan Samsung Note 7

PIA larang penggunaan Samsung Note 7

ISLAMABAD, 12 Sept – Pakistan International Airlines (PIA) telah melarang penumpang bagi membawa Samsung Galaxy Note 7, berikutan laporan mengenai letupan bateri telefon pintar tersebut, pegawai berkata semalam.

“Memandangkan laporan baru-baru ini mengenai peranti Samsung Galaxy Note 7, dan amaran antarabangsa untuk penumpang syarikat penerbangan tidak membawa telefon pintar ini semasa penerbangan, penumpang PIA juga amat tidak digalakkan untuk membawanya, walaupun semasa mereka mendaftar masuk bagasi, kerana ia boleh menjejaskan pesawat dan keselamatan penumpang, “kata kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap syarikat penerbangan itu.

Langkah itu diambil berikutan dengan syarikat penerbangan asing telah mengeluarkan larangan kepada para penumpang daripada membawa peranti tersebut dalam pesawat.

Syarikat Korea Selatan menarik balik sejumlah 2.5 juta peranti tersebut minggu lalu selepas kejadian telefon tersebut terbakar akibat letupan.

Selepas kejadian itu, beberapa pelanggan lain juga mengadu bahawa telefon mereka meletup semasa pengecasan atau menjawab panggilan.

Syarikat telefon pintar berkata masalah bateri membawa kepada telefon mudah terbakar, sambil menambah bahawa ia adalah sukar untuk menyelesaikan telefon yang terjejas dalam kalangan mereka yang sudah membeli peranti tersebut.

Syarikat telefon mengumumkan untuk menggantikan semua peranti yang telah diserahkan dari 19 September. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA