Piala Audi quattro edisi Brunei 2 Sept ini

Piala Audi quattro edisi Brunei 2 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Pemenang bagi pertandingan kelayakan Piala Audi quattro termasuk Negara Brunei akan bersaing di Real Club de Golf El Prat di Barcelona, Sepanyol bermula dari 6 sehingga 10 Oktober 2016 bagi pertandingan akhir.

Menurut kenyataan dari Audi Brunei, salah satu tumpuan World Final adalah klinik golf bersama Juara World Trick Shot, Geoff Swain. Kejohanan World Golf Trick Shot pada 2006 membolehkan Geoff memenangi gelaran yang masih dalam genggamannya sehingga hari ini. Dia berjaya mengatasi pesaing lain untuk menamatkan di kedudukan teratas.

“Ia adalah pukulan ‘chip’ dan ‘drive’ yang membolehkan saya memenangi kejoha-nan, yang saya hasilkan sekitar lima belas minit sebelum saya berada di atas pentas untuk bersaing. Jika ia berkesan, ia adalah pemenang, jika tidak saya melepaskannya. Rakan baik saya Jez Tomlinson menghasilkan bola tinggi di belakang saya, dan ia melepasi saya, saya memukulnya dengan kayu pemukul saya!”

Geoff Swain semasa menunjukkan demon-trasi pukulan beliau.
Geoff Swain semasa menunjukkan demon-trasi pukulan beliau.

Geoff menukar kegemarannya bagi pukulan menarik dalam kerjayanya, dan sekarang memperkenalkan pukulan golf menariknya selama 12 tahun. Pukulan interaktifnya itu menarik penonton dalam skala besar dan kecil dengan lebih 700 persembahan di 32 negara yang berbeza.

Dengan pelanggan golf termasuk Audi, Virgin dan Visa, ia jelas Geoff begitu hebat dalam apa yang dilakukannya. Dia juga membuat beberapa persembahan di Eropah dan acara-acara jelajah Dunia seperti Mission Hills Omega World Championship dan DP World Race to Dubai.

Edisi Brunei bagi Piala Audi quattro akan diadakan bermula 2 sehingga 4 September di Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC), Jerudong dengan bayaran yang dikenakan kepada pemain golf itu nanti akan disumbangkan kepada DANA. Borang kemasukan masih boleh diperoleh di bilik pameran Audi, Kiarong atau RBGCC.

ARTIKEL YANG SAMA