Piala Dunia 2018 Rusia dalam jadual

Piala Dunia 2018 Rusia dalam jadual

MOSCOW, 2 Jun – Pembinaan stadium bagi Piala Dunia 2018 masih mengikut jadual, kata Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam, yang bercanggah dengan laporan baru- baru ini mengenai penangguhan dan peningkatan kos.

Rusia bekerja keras bagi menghindarkan masalah berulang yang menjejaskan persediaan Piala Dunia 2014 di Brazil. Dari 12 buah stadium bagi perlawanan di Rusia, sembilan memiliki tugasan pembinaan yang signifikan

“Persediaan bagi Piala Dunia masih berjalan sepenuhnya,” kata Putin. “Kesemua pemaju berjanji dan merasa yakin mereka akan mematuhi komitmen bagi menyiapkan kemudahan itu tepat pada masanya.”

Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika menyuarakan perkara tersebut dalam satu sidang media. – AFP
Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika menyuarakan perkara tersebut dalam satu sidang media. – AFP

Awal semalam, penggubal dasar St Petersburg meningkatkan bajet bagi stadium Piala Dunia di bandar itu dengan 4.3 bilion rubles (AS$64 juta), peningkatan sebanyak 12 peratus.

Stadium itu pada asalnya seharusnya dirasmikan pada 2008 tetapi menyaksikan penangguhan yang berulang kali, perubahan rekaan dan peningkatan kos. Ketua jawatankuasa penganjuran Piala Dunia, Alexei Sorokin enggan mengulas mengenai peningkatan kos terbaru itu. “Bagi FIFA, perkara utama adalah kesediaan stadium,” dia memberitahu wartawan semalam. “Ia akan bersedia pada akhir tahun.”

Bulan lalu, Menteri Sukan, Vitaly Mutko berkata tugasan ke atas stadium di Samara dihentikan kerana pertikaian bersama firma pembinaan. Menteri sukan rantau Samara menafikan sebarang pemberhentian dalam satu temu bual minggu lalu bersama The Associated Press.

Presiden FIFA, Gianni Infantino semalam berkata Rusia dalam laluan bagi perlawanan itu biarpun kesukaran ekonomi. Ekonomi Rusia, susut 3.7 peratus pada tahun lepas di bawah tekanan dari sekatan dan harga minyak rendah dan dijangka oleh IMAF untuk mengecut 1.5 peratus tahun ini. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA