Piala Emas CONCACAF bermula

Piala Emas CONCACAF bermula

FRISCO, AS, 8 Julai (AFP) – Clint Dempsey menjaringkan dua gol ketika pasukan kebangsaan lelaki AS mula mempertahankan gelaran Piala Emas CONCACAF mereka semalam dengan menewaskan Honduras 2-1 di Stadium Toyota.

Dempsey menjaringkan gol pada setiap separuh masa bagi pasukan AS yang berada dalam perlawanan itu selepas meraih empat kemenangan aksi persahabatan dan sekarang berada di kedudukan teratas Kumpulan A dengan tiga mata.

“Ia bukanlah perlawanan terbaik kami tetapi kami gembira untuk mendapatkan tiga mata daripada perlawanan pertama,” kata Dempsey, dari AS yang mara ke final lima Piala Emas yang lalu dan memenangi tiga daripadanya.

Pasukan AS dan Honduras dalam Kumpulan A disertai Haiti dan Panama, yang berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan pertama 12 pasukan untuk perlawanan pembukaan selama 19 hari.

AS, yang mempunyai 16 pemain dalam pasukan Piala Emas yang beraksi dalam Piala Dunia tahun lepas, membuka jaringan dalam pergelutan di depan pintu gol.

Clint Dempsey (8) menjaringkan gol semasa menentang Honduras dalam Piala Emas CONCACAF Kumpulan A di Stadium Toyota di Frisco, Texas semalam. - AFP
Clint Dempsey (8) menjaringkan gol semasa menentang Honduras dalam Piala Emas CONCACAF Kumpulan A di Stadium Toyota di Frisco, Texas semalam. – AFP

Dempsey berada di tempat dan masa yang tepat apabila penjaga gawang Honduras, Donis Escober menyepak bola Josy Altidore yang melantun ke arahnya di tengah kotak penalti dan terus menanduknya di depan 22,300 penonton.

Dempsey menukar kedudukan kepada 2-0 melalui satu lagi tandukan, tetapi kali ini menerusi sepakan percuma. Lompatannya tidak sempurna tetapi cukup tinggi untuknya menanduk bola menewaskan Escober pada minit ke-63.

Pemain gantian Carlos Discua mengurangkan pendahuluan AS kepada satu gol hanya lima minit kemudian dengan pergerakan bijak untuk menembusi pertahanan AS dan melepaskan rembatan kencang ke sudut kiri gawang Brad Guzan.

AS hampir menjaringkan gol ketiga pada minit ke-78 apabila Escober berjaya menyelamatkan sepakan percuma Michael Bradley.

ARTIKEL YANG SAMA