Piala FA diteruskan empat perlawanan

Piala FA diteruskan empat perlawanan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Piala FA Persatuan Bola Sepak Veteran diteruskan lagi dengan empat perlawanan yang berlangsung di beberapa lokasi berbeza semalam.

Pasukan Terazza FC mengalahkan pasukan IV FT di Kompleks Sukan Jabatan kerja Raya dengan jaringan 2-1 sementara di Padang Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas, Pasukan Al-Idrus mengalakah Kilugus FC dengan jaringan 2-0.

Di Daerah Temburong pula, Stoneville FC gah dengan kemenangan besar menentang B.O.B di Kompleks Sukan Batu Apoi dengan jaringan 8-1, sementara perlawanan terakhir di Kompleks Sukan Menglait menyaksikan pasukan JJP J4F FT terpaksa akur dengan kekalahan di tangan KPPKSK dengan jaringan 5-3.