Piala Fed: AS...

Piala Fed: AS singkirkan Jerman

LOS ANGELES, 13 Feb – CoCo Vandeweghe menewaskan Andrea Petkovic semalam untuk memberikan tamparan akhir dalam persaingan tenis Piala Fed kepada pasukan Jerman yang disingkirkan, diterukkan lagi dengan kesilapan lagu kebangsaan pada hari pertama.

Petkovic, pemenang perseorangan Piala Fed sebanyak 12 kali, tewas kepada Alison Riske 7-6 (12/10), 6-2 dalam satu–satunya pertandingan yang dilengkapkan pada Sabtu lalu.

Pasukan wanita AS mendahului 2-0 dalam pertandingan ‘best-of–five’ apabila Julia Georges, yang berada dalam keadaan sebak selepas kesilapan lagu kebangsaan, terpaksa berhenti semalam kerana mengalami kecederaan lutut dalam pertandingan yang terganggu akibat hujan turun dengan Vandeweghe mendahului 6-3, 3-1.

CoCo Vandeweghe mengibarkan bendera negaranya selepas pasukan tenis AS berjaya menewaskan pasukan tenis Jerman dalam persaingan Piala Fed. – AP
CoCo Vandeweghe mengibarkan bendera negaranya selepas pasukan tenis AS berjaya menewaskan pasukan tenis Jerman dalam persaingan Piala Fed. – AP

Georges mengalami kecederaan ketika tergelincir di atas garisan pada mata penamat yang diadakan Sabtu lalu.

Petkovic bangkit sekali lagi semalam dengan pertandingan, dengan menentang pemain separuh akhir Terbuka Australia, Vandeweghe.

Petkovic menewaskan Vandeweghe dalam tiga dari empat servis pertandingan pertamanya untuk memenangi set pertama 6-3, dan mendahului 4-2 pada set kedua apabila pemain dari AS itu memerlukan masa rehat rawatan kerana kepanasan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA