Piala Fed: Russia, Itali tersingkir

Piala Fed: Russia, Itali tersingkir

PARIS, 8 Feb – Russia dan Itali, yang memenangi lapan daripada 12 kejuaraan Piala Fed, tersingkir daripada kejohanan tahun ini sementara juara bertahan Republik Czech terselamat untuk menentang Switzerland di separuh akhir.

Russia, juara 2004, 2005, 2007 dan 2008, dimalukan di Moscow apabila tewas 3-1 kepada Belanda. Itali, juara 2006, 2009, 2010 dan 2013, turut tersingkir di pusingan pertama apabila tunduk 4-1 kepada Perancis di Marseille.

Tetapi Switzerland, yang tidak pernah memenangi Piala Fed, mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh 18 tahun dengan menewaskan Jerman 3-2 di Leipzig dan mereka harus mengucapkan terima kasih kepada Belinda Bencic dan Martina Hingis yang membutirkan mata kemenangan.

Satu lagi saingan separuh akhir menyaksikan pertembungan antara Belanda dan juara 2003 Perancis pada April, dengan Switzerland akan menentang Czechs, yang menewaskan Romania 3-2.

Belanda yang tidak mempunyai pemain yang berada dalam senarai 100 terbaik ranking dunia, mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1997 selepas Kiki Bertens menewaskan juara dua kali Grand Slam Svetlana Kuznetsova 6-1, 6-4. – AFP

PEMAIN Switzerland, Martina Hingis (kanan) dan Belinda Bencic (tidak kelihatan) bersalam dengan pemain Jerman, selepas menang ke atas Andrea Petkovic (dua dari kiri) dan Anna-Lena Groenefeld pada kejohanan Piala Fed di Leipzig, Jerman. – Agensi
PEMAIN Switzerland, Martina Hingis (kanan) dan Belinda Bencic (tidak kelihatan) bersalam dengan pemain Jerman, selepas menang ke atas Andrea Petkovic (dua dari kiri) dan Anna-Lena Groenefeld pada kejohanan Piala Fed di Leipzig, Jerman. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA