Piala Hopman: Alexander Zverev terus cemerlang

Piala Hopman: Alexander Zverev terus cemerlang

PERTH, Australia, 6 Jan – Pemain remaja berbakat, Alexander Zverev meneruskan persediaan menariknya bagi Terbuka Australia dengan kemenangan ‘straight set’ ke atas Dan Evans dalam Piala Hopman hari ini.

Evan dari Britain menewaskan Zverev pada Terbuka AS tahun lepas, tetapi tidak dapat mengulangi persembahan tersebut menentang pemain dari Jerman, 19, yang menewaskan Roger Federer lebih awal pada pertandingan pasukan di Perth.

Kemenangan Zverev 6-4, 6-4 memastikan pertandingan seimbang, selepas Heather Watson dari Britain memenangi lebih awal minggu ini ke atas Andrea Petkovic.

Zverev, pemain paling muda dalam 50 terbaik dan ranking ke-24, memulakan minggu ini dengan kekalahan kepada Richard Gasquet dari Perancis, tetapi dua pertandingan seterusnya menunjukkan mengapa ia digelar ‘masa depan tenis’.

Pada Rabu lalu, dia menewaskan pemain terbaik Switzerland, Federer dalam tiga set dalam apa yang dikenali sebagai salah satu pertandingan terbaik dalam 29 tahun sejarah Piala Hopman.

Dia menyaingi Evans lebih awal pada set pertama dan kemudian mengawal permainan dengan pukulan kencangnya, mencatatkan kemenangan 6-4, 6-4 dalam tempoh 81 minit.

Zverev gembira dapat mengekalkan rentaknya selepas kejayaan ke atas Federer. – AFP