Piala Melbourne kini di Sabah

Piala Melbourne kini di Sabah

KOTA KINABALU, 13 Ogos – Replika Piala Melbourne yang asalnya dibuat dalam kem tahanan perang di Sandakan pada 1942 dan Piala Emirates Melbourne 2015 dipamerkan di sini semalam dalam jelajah tahunan ke-13 piala itu.

Piala Melbourne 2015 dan replika piala 1942 itu dipamerkan kepada orang ramai di Hotel Le Meridien Hotel bersempena Hari Peringatan Sandakan ke-70 pada 15 Ogos.

Bekas tahanan perang (PoW) Leftenan Leslie Bunny Glover, 94, dari Queensland, berkongsi dengan audien pada majlis resepsi di hotel itu malam tadi, kisah asal usul

Piala 1942 itu yang diperbuat daripada tin dan kayu dan bagaimana ia dibawa ke Kuching sebelum akhirnya tiba di Melbourne, Australia.

“Ia merupakan sesuatu yang amat luar biasa untuk membawa kedua-dua Piala Melbourne dan Piala Melbourne Sandakan PoW secara bersama-sama. Hanya segelintir negara mendapat peluang untuk menerima kedatangan ikon bersejarah dalam sukan Australia ini,” katanya. – Bernama