Piala Remaja Elit B15 menyerlah

Piala Remaja Elit B15 menyerlah

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Lima perlawanan berlangsung dalam Piala Remaja Elit B15 NFABD 2015 hari ini iaitu dua perlawanan di sebelah pagi dan tiga perlawanan di sebelah petang.

Kedua-dua perlawanan pada sebelah pagi melibatkan empat pasukan Kumpulan B masing-masing berkesudahan 0-0 iaitu Akademi Kilanas B15 lawan MSN United B15 di Kompleks Sukan Berakas dan BM Skim JBS B15 lawan AKSE Bersatu B15 di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

Perlawanan Kumpulan A di Padang Turf NFABD antara BSS B15 dengan Belait Black Gold B15 yang bermula pukul 3:00 petang pula berlangsung menarik dengan penghasilan tiga gol pada empat minit terakhir perlawanan.

Kedudukan terikat 1-1 sehingga minit ke-56 iaitu empat minit sebelum perlawanan masa sebenar tamat dengan Belait Black Gold B15 mendahului pada minit ke-16 hasil jaringan Mohd Syukri Sakhawi bin Haji Mohd Azman disusuli gol penyamaan BSS B15 pada minit ke-22 oleh Mohd Hafiz bin Suhardi.

Mohd Suhaily Syafiee bin Abdullah Masrazni seolah-olah memberikan gol kemenangan buat BSS B15 apabila menyumbat masuk sepakan penalti pada minit ke-57 untuk BSS B15 mendahului 2-1 tatkala perlawanan berbaki tiga minit lagi tidak termasuk masa kecederaan.

Pertembungan antara Academy Kilanas (biru) dengan MSN United ini berkesudahan 0-0.
Pertembungan antara Academy Kilanas (biru) dengan MSN United ini berkesudahan 0-0.

Namun tiada siapa dapat menjangka apabila Belait Black Gold B15 berjaya membolosi gawang BSS B15 dua kali pada minit ke-59 yang masing-masing disumbangkan oleh Mohd Syukri Sakhawi untuk gol kedua peribadinya dan Mohd Azka bin Bol Hassan untuk memberikan Belait Black Gold B15 kemenangan 3-2.

Perlawanan pada waktu yang sama tetapi di Kompleks Sukan Berakas menyaksikan Daerah Tutong B15 menang 2-0 ke atas ISB B15, dengan kedua-dua jaringan dihasilkan oleh Muhd Aiman Syafiq bin Abdullah Sophian pada minit ke-17 dan ke-31.

Perlawanan terakhir hari ini yang bermula pukul 4:30 petang di Padang Turf NFABD antara TAFA B15 dengan Tabuan B13 berkesudahan 3-1 memihak TAFA B15.

Mohd Hamaiezie bin Khairol mencetak gol terpantas kejohanan setakat ini apabila sudah berjaya membolosi gawang lawan seawal saat ke-16 untuk membawa Tabuan B13 mendahului 1-0.

ARTIKEL YANG SAMA