Piala Speedsend 2016 hampir sampai kemuncak

Piala Speedsend 2016 hampir sampai kemuncak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Piala Speedsend yang diadakan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 tahun kini menghampiri ke kemuncak kejohanan dengan baki dua hari perlawanan sebelum melangkah ke peringkat kalah mati.

Setakat hari ini dalam kumpulan A Pasukan D’sunlit menunjukkan belangnya apabila mengalahkan keempat-empat persaingannya di dalam kumpulan ini, sementara di dalam Kumpulan B pula Pasukan Easyway turut mencatatkan rekod tanpa kalah di dalam kejohanan tahun ini.

Manakala semalam pula berlangsung perlawanan antara Rakin Design yang terpaksa akur dengan penguasaan D’Sunlit apabila berjaya menutup tirai perlawanan kumpulannya dengan kemenangan 81-116, sementara Pasukan Street Rol membuka peluangnya untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan Pasukan Han Kook Tyre dengan jaringan 112-67.

Dalam Kumpulan B pula menyaksikan kedua-dua pencabar utama kumpulan itu iaitu Pasukan Easyway dan Juramas bertembung dan akhirnya berpihak kepada Easyway dengan kemenangan tipis 93-89, sementara itu Pasukan Propel pula mencatatkan kemenangan pertamanya apabila menumpaskan Pasukan Rotary dengan jaringan 63-97.

Antara aksi perlawanan Pasukan JCMK menentang Pasukan Street Rol semalam.
Antara aksi perlawanan Pasukan JCMK menentang Pasukan Street Rol semalam.

Dengan baki dua lagi perlawanan bagi setiap kumpulan menyaksikan perebutan tempat kedua semakin sengit dengan penguasaan D’sunlit dan Easyway di takhta kumpulan untuk menanti pasukan yang bakal dihadapi di peringat separuh akhir Sabtu ini nanti.

JCMK perlu menang dalam kedua-dua perlawanan berhadapan Pasukan Street Rol dan Han Kook Tyre untuk mara ke hadapan, sementara Pasukan Street Rol pula perlu menang untuk memastikan kemaraannya.

Sementara itu dalam Kumpulan B pula Pasukan Juramas dan Baotime akan menentukan siapa yang akan menyusuli Pasukan Easyway di dalam Kumpulan B pada perlawanan penentuan peringkat kumpulan pada Khamis ini nanti.