Piala Speedsend terus rancak

Piala Speedsend terus rancak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Kejohanan Bola Keranjang Piala Speedsend 2016 bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 tahun diteruskan lagi.

Pada peringkat kumpulan beberapa perlawanan meneruskan agenda kejohanan antaranya kemenangan Pasukan D’Sunlit ketika menentang Pasukan JCMK dengan jaringan 67-79, diikuti dengan kemenangan Street Rol dengan jaringan 89-79 ketika mengalahkan Pasukan Rakin Design pada 13 Julai 2016 lalu.

Pada 14 Julai pula menyaksikan perlawanan di dalam kumpulan B yang menyaksikan Pasukan Baotime menang ke atas Pasukan Rotary dengan jaringan 101-80, sementara Pasukan Easyway pula menang besar ke atas Pasukan Hainan dengan jaringan 108-57.

Setelah kejohanan direhatkan pada 15 Julai lalu, Pasukan JCMK menebus kekalahannya di tangan D’Sunlit untuk menewaskan Pasukan Rakin Design dengan jaringan 105-77 dan Pasukan D’Sunlit pula meneruskan kemenangannya dan kali ini giliran Street Rol pula menjadi mangsa apabila D’Sunlit menang dengan jaringan 89-84 di dalam perlawanan yang sengit.

Antara aksi dalam kejohanan itu.
Antara aksi dalam kejohanan itu.

Semalam berlangsung tiga lagi perlawanan di dalam kumpulan B yang menyaksikan Pasukan Baotime menang ke atas Pasukan Hainan dengan jaringan 98-83, Juramas menang ke atas Pasukan Rotary dengan jaringan 123-65 dan Propel tewas di tangan Easyway dengan jaringan 46-99.

Sebanyak 11 pasukan akan berentap di Dewan Bola Keranjang di Batu Bersurat sehingga 21 Julai nanti bagi menempatkan dua pasukan teratas daripada kedua-dua kumpulan A dan B di peringkat separuh akhir pada 23 Julai, diikuti dengan perlawanan akhir pada 24 Julai 2016 nanti.

Kumpulan A disertai oleh Pasukan D’Sunlit, Rakin Design, JCMK, Street Rol dan Han Kook Tyre, sementara dalam kumpulan B pula terdiri daripada Pasukan Juramas, Rotary, Easyway, Baotime, Propel dan Hainan.

Sementara itu dua lagi perlawanan berlangsung hari ini antara Pasukan Rakin Design menentang Pasukan D’Sunlit dan Street Rol pula akan melayani Pasukan Han Kook Tyre. Manakala esok akan diadakan dua lagi perlawanan antaranya Pasukan Rotary akan menentang Pasukan Propel dan Easyway menentang Pasukan Jurumas.

ARTIKEL YANG SAMA