Piala Super misi sukar Sevilla

Piala Super misi sukar Sevilla

MADRID, 16 Ogos – Sevilla sudah pasti berdepan persaingan sukar dalam perlawanan pusingan kedua Piala Super Sepanyol esok jika mereka mahu mengatasi Barcelona.

Jaringan Luis Suarez dan Munir El Haddadi memberikan juara Liga dan Cope del Rey tahun lepas itu kemenangan 2-0 di Andalusia Ahad lalu dan mereka sudah meletakkan sebelah tangan ke atas trofi itu.

Pasukan Jorge Sampaoli kagum pada separuh masa pertama tetapi bergelut untuk mencipta banyak peluang dan sekarang mendapati mereka dalam kedudukan yang sukar bagi perlawanan ulangan di Camp Nou.

Jurulatih dari Argentina itu percaya menentang pasukan Real Madrid dan Piala Super UEFA Selasa lalu menjejaskan kejayaan pasukannya dalam perlawanan ini.

“Kami hadir dari 120 minit setelah menentang Real Madrid dan mendapatkan beberapa kecederaan. Kalendar menjejaskan kami sedikit dan kami merasa keletihan,” jelasnya selepas kekalahan itu. “Kami berharap akan bermain dengan lebih bersemangat (dalam perlawanan timbal balik).”

Penjaga gawang Sevilla, Sergio Rico, yang menjadi pemain cemerlang dalam pasukannya, bersetuju dengan jurulatihnya.

“Kami terjejas pada separuh masa kedua kerana kami merasa letih selepas persaingan akhir yang lain,” kata Rico. “Saya berharap kami akan memenangi perlawanan seterusnya.

“Ia perlawanan di laman sendiri dan di luar, dan kami akan pergi ke sana dengan semua harapan dalam dunia untuk memberikan persembahan yang bagus dan mengubah banyak perkara. Semuanya tidak akan hilang.”

Michael Krohn-Dehli dan Beoit Tremoulinas masih lagi cedera sementara kapten pasukan, Vicente Iborra seharusnya kembali selepas direhatkan.

Barcelona, sementara itu, masih beraksi tanpa kapten Andres Iniesta dan pertahanan Jeremy Mathieu, yang mengalami kecederaan kaki dan hamstring dalam pertemuan Ahad lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA