Piala Thomas terlepas dari Asia kali pertama

Piala Thomas terlepas dari Asia kali pertama

KUNSHAN, 22 Mei (Bernama) – Buat kali pertama, Piala Thomas terlepas daripada genggaman pasukan Asia dan menjadi milik Eropah apabila Denmark mencipta sejarah menundukkan Indonesia 3-2 di final di Pusat Sukan Kunshan, hari ini.

Denmark, yang muncul naib juara lapan kali termasuk pada edisi pertama pada 1949, menamatkan penantian 67 tahun dengan Hans Kristian-Vittinghus menjadi wira mengutip mata kemenangan selepas menundukkan Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7 dalam perlawanan penentuan.

Perhitungan terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir iaitu perseorangan ketiga selepas Denmark dan Indonesia, masing-masing memenangi dua perseorangan dan dua beregu untuk kedudukan 2-2.

Gergasi Eropah itu mencatat sejarah tersendiri menjadi juara pertama dari benua itu yang memenangi Piala Thomas selepas Jepun menamatkan monopoli China, Indonesia dan Malaysia menjuarai piala rebutan kejohanan berpasukan paling berprestij itu, pada edisi 2014.

Ia sekali gus turut meleburkan impian juara 13 kali, Indonesia merampas kembali kejuaraan yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2002.

ARTIKEL YANG SAMA